BARU
dua tahun berkiprah, band The Junas
Monkey sudah melebarkan sayap ke Negara Malaysia. The
Junas Monkey digawangi tiga orang anak muda berasal dari Indonesia, Ajun
Perwira (pemain gitar), Aditya
Saputro (pemain drum) dan Stefan
William (vokalis).
Terbaru,
band dari Indonesia ini melancarkan single mereka berjudul Jadian
dan Ikut
Aku. Namun, lagu-lagu tersebut sudah lama dikeluarkan di Indonesia.
Sehubungan itu, The
Junas Monkey bakal mengeluarkan album pertama mereka pada pertengahan tahun
ini.
Meskipun
pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia, ternyata The
Junas Monkey menyimpan hasrat untuk berkolaborasi dengan penyanyi Hafiz dan
Datuk Siti Nurhaliza.
“Kolaborasi
itu pasti mahu... Siti Nurhaliza... kami minat Hafiz juga,” katanya kepada
Sinar Harian Online.
Menyentuh
perancangan tahun 2013 ini, The
Junas Monkey berencana untuk kembali ke Malaysia.
“Untuk
2013, kami mahu kembali ke Malaysia lagi,” katanya.
Berhubung
penglibatan pelakon Indonesia, Randy Pangalila ke dalam industri Malaysia tahun
lalu, membuat The
Junas Monkey berniat untuk mengembangkan bakat lakonan mereka di Malaysia.
Ajun,
24 turut berakting dalam drama Nada Cinta yang dibintangi Randy Pangalila
sebagai Marvin.
“Bagus,
bangga, dia berkolaborasi dengan artis Malaysia. Dia pelakon Nada Cinta juga,
kalau Randy boleh, mungkin satu hari nanti, The
Junas Monkey juga boleh mengembangkan bakat di sini kerana pada asasnya,
kami berlakon juga,” kata Ajun
yang bercita-cita untuk menjadi akauntan bank.
Meskipun
berlainan latar belakang, namun mereka dikatakan memiliki hobi yang sama
terutama dalam bermusik.
“Sebelum
menjadi The
Junas Monkey, kami tidak kenal satu sama lain... untuk adaptasi sebagai
satu kumpulan, tidak ada masalah kerana kami mempunyai minat yang sama.
“Kami
sama-sama suka bola keranjang, bola sepak dan biliard. Kami juga suka ‘jamming’
dan mempunyai penilaian yang sama terhadap wanita,” katanya sambil ketawa
kecil.
No comments:
Post a Comment