DoLphin

DoLphin

Sunday, 27 January 2013

The Junas Monkey masuk Malaysia




Pembuka tirai tahun 2013 ini sebuah band dibarisi anak muda comel-comel yang menggelarkan diri mereka sebagai The Junas Monkey menjadi artis Indonesia pertama mencuba nasib di Malaysia.
Lagu single pertama mereka berjudul Jadian mula mendapat tempat sejak tahun lalu lagi. Terbaru mereka melancarkan pula single kedua berjudul Ikut Aku di sini. Sebagaimana artis Indonesia lain yang pernah masuk, mereka juga menyimpan harapan sama untuk dikenali di sini.

Comel dan berbakat.
The Junas Monkey dianggota oleh Stefan William (Vocal), Ajun Perwira (gitar) dan Aditya Suryo Saputro (drum) itu juga turut aktif berlakon drama dan filem. Nama yang dibina dalam drama juga boleh menjadi tambahan tarikan buat mereka.
Ajun Perwira pernah berlakon drama Nada Cinta yang sangat popular di Malaysia. Drama bersiri yang menampilkan Randy Pangalila itu mendapat sambutan hangat.
"Ada yang mengatakan kami cuba meniru nama kumpulan Jonas Brother. Kami tak marah sebab mungkin mereka tak mengenali kami. Sebenarnya Junas tu gabungan nama kami yaitu JUN (Ajun), A (Aditya) S (Stefan).

Acara pelancaran.
"Kami tambah Monkey sebagai menggambarkan karakter kami yang tak reti duduk diam," kata Ajun semasa ditemui pada majlis pelancaran single terbaru dan pelancaran klip video lagu Jadian di pusat hiburan Red Box, The Gardens, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mereka berharap peminat di sini menyukai lagu-lagu mereka. Mereka juga merancang melancarkan album pertama pertengahan tahun ini. Mereka sedang mengumpul lagu dan berusaha mendapatkan lagu-lagu ciptaan pencipta ternama di sana.
"Kami memilih konsep pop sebab genre itu sesuai dengan kami," kata penyanyinya, Stefan.

Ajun ditawar berlakon di Malaysia
Ajun Perwira minat berlakon di Malaysia.
Berita gembira buat peminat Ajun Perwira kerana ada pihak sedang berbincang dengan pihak pengurusan mereka, Bentuk Management untuk membawa Ajun berlakon dalam sebuah drama bersiri di sini.
"Kami memang berminat melamar Ajun, tapi segala-galanya terserah kepada perbincangan kami dengan pihak pengurusan mereka," kata orang kuat syarikat penerbitan drama popular kepada Mangga Online.
Ajun sendiri bila ditanya pasal kemungkinan berlakon di Malaysia, menyatakan keterujaannya untuk mencuba nasib di Malaysia.
"Saya teringin sekali berlakon di sini kalau ada peluang," kata Ajun kepada Mangga Online.
Tapi ia bergantung kepada jadualnya karena sekarang ini drama bersiri lakonannya, Kinara sedang ditayangkan di Global TV dan dia kena ke lokasi setiap hari kecuali hari Ahad. Dia juga bersiaran secara langsung sebagai pengacara rancangan hiburan Dahsyat.
"Pada hujung minggu pula saya buat latihan bersama band serta memenuhi undangan mengadakan persembahan. Jadual saya memang sibuk... sebab itu saya serahkan kepada pihak pengurusan mengaturkannya," kata Ajun.
Kedatangan mereka ke Kuala Lumpur baru-baru ini hanya dua hari sebab Ajun harus pulang karena terikat dengan penggambaran Kinara.
 


No comments:

Post a Comment